Friday, 28 October 2011

Pertandingan Fotografi - 1 Malaysia Bersih Dan Indah


Bersempena dengan Kempen Pelancongan iaitu ‘Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan’ maka Kelab Pelancongan SMK Teknik Langkawi, telah menganjurkan Pertandingan Fotografi bertemakan '1Malaysia Bersih dan Indah’. Pertandingan Fotografi ini dibuka untuk semua penyertaan. Pertandingan Fotografi ini adalah anjuran Tourism Malaysia Langkawi dengan sokongan Kedah Professional Photographers’ Society. 

Antara objektif pertandingan ini ialah untuk mengumpul dan merangsang idea-idea yang bernas dan kreatif, serta mendapatkan perspektif umum terutamanya generasi muda terhadap pembangunan pelancongan yang berasaskan tema bersih dan indah. Selain itu, pertandingan fotografi ini juga diharapkan dapat menggalakkan masyarakat supaya memainkan peranan sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia, Satu Malaysia.

Hasil fotografi yang siap dihasilkan dimuatkan di dalam forum awam khas yang telah diwujudkan oleh Kelab Pelancongan. Pertandingan fotografi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak sama ada di kalangan pelajar SMK Teknik Langkawi dan juga masyarakat luar. Semua penyertaan diadili oleh juri-juri profesional di dalam bidang fotografi ini. Oleh yang demikian, diharapkan supaya melalui pertandingan seumpama ini dapat menjayakan 1Malaysia yang hijau dan bersih. “Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan” dan jadikan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan utama dunia!

Bersama Kita Jayakan 1Malaysia Yang Bersih Dan Indah


PENGUMUMAN - Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Kebangsaan


Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Kebangsaan

Tempat: Dewan Masyarakat
              Negeri Kedah
Tarikh: 12 November 2011

Pelbagai hadiah menarik termasuk ‘Piala Pusingan YB. Menteri Pelancongan Malaysia’

*Maklumat lanjut sila hubungi Puan Mastura di talian 012-9453246

Thursday, 27 October 2011

Lirik Lagu Cuti-Cuti Malaysia





Malaysia yang kupuja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia

Pohon pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai

(1)
Cuti-cuti Malaysia
Cuti rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara

(2)
Cuti-cuti Malaysia
Cuti sehatkan diri
Meningkat produktiviti
Semua ada di sini

huuu... huuu... huuu...

Keluarga mertua gembira
Dibawa cuti bersama
Mari sandarkan rupa
Budaya diperkaya

(3)
Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona

ulang (1), (2) & (3)

Cuti-cuti malaysia ...

PENGUMUMAN - Penundaan Tarikh Seminar Pelancongan


PENGUMUMAN PENUNDAAN TARIKH SEMINAR PELANCONGAN

Seminar Pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia, yang akan diadakan pada 5 November 2011 hingga 6 November 2011 telah ditunda kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Segala kesulitan amat dikesali.

*Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Encik Zafran di talian 019-8764532

PENGUMUMAN - Aktiviti Perkhemahan (pelancongan)


Aktiviti perkhemahan bagi pelajar jurusan Pelancongan dan bagi ahli Kelab Pelancongan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 18-20 November 2011
Tempat: Barkat Homestay, Selat Bagan Nyior, Langkawi
                                          
*Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi - Cikgu Azri di talian 013-6783653

PERADUAN - Tempat Pelancongan Yang Saya Gemari


 
kelab pelancongan pelajar akan mengadakan peraduan  "Tempat Pelancongan Yang Saya Gemari".Syarat-syarat dan Cara penyertaan seperti di bawah.hadiah menarik menanti anda.

Syarat-syarat

Peraduan ini dibuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Malaysia dan Sekolah Rendah Malaysia.Anda dikehendaki menghantar hasil penulisan atau karya anda kepada:
kelab.pelancongan.pelajar@gmail.com

atau menghantarkannya ke alamat berikut:
Kelab Pelancongan Pelajar,

Tingkat 2, Bangunan Pelajaran Negeri,

07100 Langkawi, Kedah.


Sertakan gambar foto, lukisan atau sebarang hasil karya lain yang dapat menjadikan penyertaan lebih menarik.
Tarikh tutup: 31 Disember 2011

PENGUMUMAN - Bengkel Skor A (Pelancongan)



OBJEKTIF PROGRAM

•Mendedahkan teknik-teknik menjawab soalan dan Skor A kertas Pelancongan kepada pelajar.

•Menanam minat dalam diri pelajar untuk mempelajari subjek Pelancongan dan membangkitkan kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan Pelancongan sebagai penyumbang kepada sektor ekonomi negara.



 PENGISIAN PROGRAM

•Taklimat teknik menjawab kertas Pelancongan: pendedahan teknik-teknik menjawab soalan, bentuk-bentuk soalan dan sistem pemarkahan.

•Bengkel Khas Kertas Pelancongan SPM: membimbing pelajar menjawab bentuk-bentuk soalan Pelancongan dengan lebih berkesan dan mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar dan cara-cara menyelesaikannya.




TEMPAT:
Dewan Seminar Aseania Resort Langkawi,
Simpang 3, Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang,
07100 Pulau Langkawi, Kedah.

TARIKH:
27 November 2011 (Ahad)
ANJURAN:
Kelab Pelancongan SMK Teknik Langkawi
PENDAFTARAN:
Sila hubungi,
Cikgu Mazni: 019-5674321
Cikgu Razif: 017-7895674




PENGUMUMAN-Pertandingan Melukis Poster ecotourism


Pertandingan Melukis Poster ecotourism,pelbagai hadiah menarik menanti para pelajar yang berjaya ,syarat-syaratnya adalah seperti beikut.

Terbuka kepada semua pelajar SMK Teknik Langkawi

Tarikh tutup pertandingan: 1 Disember 2011

Maklumat lanjut sila hubungi urusetia pertandingan:

·        Cikgu Alwi: 014-8765408

·        Cikgu Azraa: 012-6904565

PELAJARAN - Aktiviti pelancongan


 Aktiviti Pelancongan

Wednesday, 26 October 2011

TREASURE HUNT - Pencarian Harta Karun Yamashita


Kelab Pelancongan SMK Teknik Langkawi telah mengadakan satu aktiviti treasure hunt iaitu ‘Pencarian Harta Karun Yamashita’. Acara ini diadakan pada 22 November 2011 bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Pertandingan ini diadakan bagi memperkenalkan ahli jawatankuasa Kelab Pelancongan sesi 2010/2011 dan juga membuka keahlian kepada pelajar-pelajar baru.

Selain daripada pertandingan itu, BBQ turut disediakan untuk para peserta dan ahli Kelab Pelancongan. Acara ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Haslina iaitu Pegawai JPA di Australia yang turut sama menyertai aktiviti ‘ Treasure Hunt’. Alhamdulillah, Kelab Pelancongan berjaya menarik hampir 50 keahlian pada hari tersebut. SYABAS!

Berikut adalah keputusan pertandingan ‘Pencarian Harta Karun Yamashita’:
Johan: Azran Aziz, Nurul Shuhada Omar & Shahrul Reza Othman

LATIHAN


Latihan

1. Apakah yang anda faham dengan pelancongan? Berikan tiga definisi yang
    berbeza berkenaan pelancongan.

2. Huraikan dengan ringkas sektor-sektor yang terlibat dalam penawaran produk
    ataupun perkhidmatan serta aktiviti pelancongan.

3. Berikan dua kepentingan sektor pengangkutan dalam industri pelancongan.

4. Huraikan dua produk pelancongan baru yang wujud dalam industri pelancongan
    masa kini.

5. Jelaskan SATU (1) perbezaan di antara infrastruktur dan superstruktur.

6. Huraikan perbezaan di antara excursionist dan transient.

7. Jelaskan perbezaan di antara gambling dan gaming.

8. Nyatakan TIGA (3) kepentingan industri hospitaliti kepada kerajaan.

9. Beri definisi bagi:

i.                    All-Inclusive Packages
ii.         Motor Coach Packages
iii.        Accommodation Packages
iv.        Affinity Group Packages
v.         Incentive Packages
           
 10. Terangkan ciri-ciri kelab di bawah:

i.                    Country Club
ii.         City Club

PELAJARAN - Jenis-Jenis Pelancongan Di Malaysia


Jenis - jenis pelancongan

Monday, 24 October 2011

APA ITU PELANCONGAN


Pengenalan Pelancongan

PELAJARAN - Kesan-kesan Aktiviti Pelancongan


Kesan-kesan Aktiviti Pelancongan

PELAJARAN - Kawasan Berpotensi Pelancongan


Kawasan Berpotensi Pelancongan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes